BAM perlu dapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan -- Ewe Hock

By Jannah Ali 18 October 2016
BAM perlu dapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan --  Ewe Hock
Bekas jaguh perseorangan negara, Ong Ewe Hock, berpandangan perlantikan Sairul Amar Ayob merupakan sesuatu yang positif daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Tetapi Ewe Hock menegaskan ada dua elemen penting jika mahu meilhat Sairul berupaya untuk mencapai kejayaan bersama skuad perseorangan wanita.

"Saya berasakan ia satu langkah yang bagus untuk mendapatkan jurulatih yang baru. Saya percaya BAM perlu untuk mendapatkan kembali khidmat bekas pemain kebangsaan untuk membantu skuad yang sedia ada.

"Bekas-bekas pemain ini tahu apa yang mereka perlu lakukan, Pada pandangan saya, jurulatih tersebut perlu dipantau serta berikan mereka indeks prestasi utama (KPI) bagi memastikan mereka boleh membantu menaikkan lagi tahap pemain-pemain negara.

"Jurulatih juga perlu memikirkan apa yang perlu mereka lakukan untuk pemain. Paling penting adalah komunikasi di antara pemain dan jurulatih, ia perlulah berterusan," ujar Ewe Hock.

About Author

Jannah Ali

Comment