Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memperkenalkan Projek 24 dengan misi meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris serta menjadi finalis Piala Thomas 2024.
Pengenalan struktur kejurulatihan yang baharu itu, bagaimanapun, tidak akan mengabaikan perancangan yang sedang dilaksanakan untuk menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Projek 24 itu juga akan menyaksikan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, mempunyai tanggungjawab lebih besar sebagai pemantau bersama Majlis Sukan Negara (MSN).
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Kenny Goh, berkata menerusi Projek 24, BAM akan mempunyai pelan yang lebih strategik dan efisien dalam usaha mencapai sasaran yang ditetapkan.
Selain itu, beliau berkata perubahan struktur juga akan membabitkan penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) yang lebih kompetitif ke arah budaya kerja yang lebih cemerlang.
Menerusi program baharu itu, tambahnya, perancangan khusus akan dirangka untuk setiap pemain merangkumi kejohanan, tahap kecergasan, kekuatan mental dan penyediaan fail individu untuk penilaian setiap empat bulan.
"Barisan kejurulatihan juga akan menjalani proses penilaian yang sama seperti pemain bagi memastikan Projek 24 bergerak selari dengan perancangan.
"Kami tidak mengabaikan perancangan yang sedang dilaksanakan bagi Tokyo 2020. Malah, pencapaian dalam Sukan Olimpik Tokyo nanti adalah peristiwa penting kepada kita untuk Projek 24," katanya.
Kenny berkata pelaksanaan Projek 24 itu akan dibentangkan kepada Mesyuarat Ahli Majlis BAM bagi mendapatkan kelulusan sebelum dilaksanakan sepenuhnya secepat mungkin.
Sementara itu, Kenny berkata penstrukturan baharu itu juga terarah kepada penerapan semangat berpasukan dan tiada lagi perbezaan di antara perseorangan dan beregu kerana mereka digabungkan di bawah satu bahagian.
Berdasarkan Projek 24, berlaku perubahan pada struktur kejurulatihan yang menyaksikan Datuk Misbun Sidek mengepalai skuad lelaki yang terdiri daripada pemain perseorangan dan beregu lelaki.
Datuk Tey Seu Bock pula mengendalikan skuad wanita (perseorangan dan beregu wanita) manakala Chin Ee Hui bertanggungjawab terhadap bahagian beregu campuran.
Struktur gerak kerja Projek 24 menyaksikan setiap jurulatih akan memberi laporan terus kepada ketua bahagian masing-masing dan Choong Hann bertanggungjawab menyelia projek berkenaan.
Menurut Kenny, BAM juga bersedia melepaskan mana-mana pemain, termasuk pemain senior, sekiranya mereka gagal melepasi penilaian berkala yang ditetapkan.
"Penilaian terhadap pemain akan diadakan pada 31 Disember. Mereka yang tidak menepati sasaran, kami akan melepaskan mereka. Ia mungkin termasuk pemain senior dan mereka yang dikekalkan, kami akan menilai semula dan menjadikan KPI mereka lebih kompetitif sebelum penilaian semula pada 30 April, 2020.
"Jika diluluskan oleh ahli Majlis, ini adalah hala tuju yang akan diambil yang secara analoginya seperti sebuah keretapi dan jika ada yang tidak boleh mengikutinya, maka mereka kena turun daripada keretapi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 11 2019
Norwich maintain grip on play-off place despite draw with Bristol City
The draw took them level with fifth-placed West Brom and kept them six points clear of the chasing pack.
Lincoln come from behind to beat struggling Cheltenham and move into the top six
.
Derby on verge of promotion after beating Cambridge
Burnley give survival hopes a boost with win at Sheffield United
Brian Graham double sees Partick Thistle to thumping win
Former Wimbledon champion Garbine Muguruza announces retirement
The 30-year-old Spaniard had not played a match for more than a year.
Crewe boss Lee Bell fuming as James McClean avoids seeing red in Wrexham’s win
England overwhelm Ireland to keep Six Nations title hopes firmly on track
The Red Roses amassed 14 tries in front of 48,778 fans at Twickenham.
Exeter record impressive win at Northampton
Adebayo the 'inspiration' for Heat, says Spoelstra
Spoelstra: Heat needed inspiration