Bintang muda Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar, membuktikan keunggulannya untuk menjuarai acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Kebangsaan B-21 di Kuala Terengganu, hari ini.
Dalam aksi final, Shaqeem, 18, tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Muhammad Fazriq Mohamad Razif 21-14, 21-18 dalam tempoh 39 minit.
Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta medal.
"Permainan saya agak baik dan berjaya mengurangkan kesilapan dalam set pertama, namun hilang fokus serta gopoh dalam set berikutnya.
"Kejuaraan ini menjadi persediaan terbaik untuk saya menghadapi Kejohanan Kebangsaan B-18, April ini," katanya.
Acara perseorangan wanita pula menyaksikan seorang lagi pelatih BAM, Tan Zhing Yi, memerlukan tiga set untuk menewaskan Myisha Mohd Khairul.
Zhing Yi mencatat kemenangan 21-12, 19-21, 21-19 untuk meraih hadiah wang tunai RM1,000 dan medal.
Acara beregu lelaki, yang menawarkan hadiah kemenangan RM2,250 dan medal pula dijuarai gandingan Ooi Jhy Dar-Yap Roy King yang menewaskan Ong Ken Yong-Wan Mohd Arif Shahruddin Wan Junaidi 21-15, 21-11.
Pasangan beregu wanita, Ng Qi Xuan-Siow Hao Shan, pula menepati status pilihan utama selepas menang 21-12, 21-15 ke atas Cheng Su Hui-Cheng Su Yin.
Tengku Danish Bahri
Sun Mar 24 2019
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.