Hampir RM8 juta diperuntukkan kerajaan untuk diberikan kepada pemenang pingat dan juga jurulatih di Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dan Skim Galakan Jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN), malam ini.
Penyampaian insentif Shakam disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyaksikan jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei, mendahului senarai penerima bagi pemenang pingat Olimpik.
Chong Wei yang menyumbangkan pingat perak perseorangan lelaki menerima RM500,000.
Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, masing-masing menerima RM350,000 setiap seorang bagi pingat perak.
Sementara itu, pelumba trek berbasikal, Azizulhasni Awang, yang meraih pingat gangsa menerima RM300,000.
Bagi atlet Paralimpik pula, atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly dan atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli kini bergelar jutawan selepas menerima insentif berjumlah RM1 juta bagi pingat emas berserta tambahan RM50,000 kerana memecahkan rekod dunia.
Pelari pecut T36, Ridzuan Puzi, menerima sejumlah RM1.02 juta bagi pingat emas acara 100 meter dan untuk atlet lompat jauh wanita, Siti Nor Radiah Ismail, pula mendapat insentif berjumlah RM300,000.
Jasa jurulatih juga tidak dilupakan dengan menerima insentif di bawah Skim Galakan Jurulatih MSN.
Dua jurulatih terjun, Yang Zhuliang dan Zhang Yu Kun menerima RM90,000.
Turut gembira ialah empat jurulatih badminton, Hendrawan, Tey Seu Bock, Jeremy Gan dan Chin Eei Hui ayang menerima ganjaran sejumlah RM270,000.
Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, menerima RM30,000.
Bagi jurulatih Paralimpik pula, jurulatih pecut negara, R Jeganathan, meraih insentif berjumlah RM300,000, manakala jurulatih lompat jauh, Syahrul Amri Suhaimi mendapat RM330,000 dan jurulatih lontar peluru, Mohd Faizol Harun menerima RM300,000.
Kesemua insentif jurulatih dibayar atas nama persatuan masing-masing.
Shaiful Shamsudin
Fri Oct 07 2016
New York City v Charlotte FC: Cushing wants more from in-form hosts
New York City v Charlotte preview
FC Cincinnati v Colorado Rapids: Armas wants players to enjoy rise
FC Cincinnati v Colorado preview
Guardiola insists three teams still in title hunt despite Liverpool slip-up
Guardiola: Don't rule Liverpool out
Foden: De Bruyne the best in the Premier League
Foden: KDB best in Premier League
Los Angeles FC v Portland Timbers: Neville relishing swift rematch
Preview: LAFC v Portland Timbers
Brighton 0-4 Manchester City: Foden at the double as champions leapfrog Liverpool
Report: Brighton 0-4 Man City
World number one Swiatek sees off Xiyu in Madrid opener
No worries for Swiatek in Madrid
Foden matches Messi and Haaland feat with 50th league goal under Guardiola
Foden matches Messi, Haaland
Arne Slot wants to join Liverpool, 'confident' agreement will be struck
Arne Slot confirms Liverpool talks
New Zealand take unassailable series lead after hard-fought victory over Pakistan
NZ go 2-1 up in T20I series