Selepas berada di sekitar Semenanjung Malaysia sepanjang bulan ini, Astro Kem Badminton kini berada di lokasi kelima, Sabah.

Kompleks Sukan Likas merupakan venue pilihan kali ini dengan lebih menarik, bekas peserta yang pernah menjalani latihan di Tokyo Jepun pada 2017, Clay Shervina, turut hadir bagi memberikan sokongan buat peserta edisi kali ini.

"Bagi saya, mereka perlu ada disiplin, perwatakan yang bagus, mendengar arahan jurulatih, menuruti pesanan ibu bapa dan apabila sudah tiba di Kuala Lumpur nanti, ujian di sana semakin susah.

"Tetapi jangan mudah berputus asa kerana apabila sudah terpilih ke luar negara nanti, ia akan menjadi lebih berbaloi," kata Clay.