Arif, Buranakuea lepasi kelayakan, Wei Feng dikerah kerja keras

By Staff Writer 4 October 2016
Arif, Buranakuea lepasi kelayakan, Wei Feng dikerah kerja keras
Pemain profesional negara, Mohamad Arif Abdul Latif, yang bergandingan dengan pemain dari Thailand,  Watchara Buranakuea, melepasi pusingan kelayakan kedua dalam Terbuka Thailand di Bangkok, hari ini.

Mereka menumpaskan beregu tuan rumah, Saharat Muchshima dan Pongsakorn Thongkham, 21-14, 21-14 dalam tempoh 21 minit.

Jian Yi Lee dan Zhen Ting Lim turut tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Alwi Mahardika dan Wisnu Cahyo Saputro dari Indonesia 21-12, 21-11.

Nasib, bagaimanapun, berbeza buat Darren Isaac Devadass dan Jinn Hwa Tan apabila tewas kepada wakil Thailand, Viriyangkura Tanupat dan Wasapon Uttamang, 13-21, 21-18, 23-21.

Dalam acara perseorangan, Chong Wei Feng terpaksa bekerja keras sebelum menang 20-22, 21-18, 21-13 ke atas Henrikho Kho Wibowo dari Indonesia dalam pusingan pertama.

Dalam perlawanan awal pagi nanti, Arif sekali lagi akan turun beraksi menentang pemain India, Harsheel Dani, sementara seorang lagi wakil negara, Liew Darren, akan berdepan pemain Thailand, Tawan Huansuriya.
 

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Sazali buat rayuan kali kedua

By Public Anonymous User 4 Oktober 2016. 12.36 PM