Buat pertama kalinya kemenangan UNIKL Young Guns ke atas SSTMI Thunderbolt sejak tahun 2011 sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah SSTMI musim ini.

Buat Div 2, pusingan kumpulan tamat dan 2 teratas dari setiap 3 kumpulan ini akan merebut Kejuaraan Liga Div 2, 4 slot terakhir untuk ke Suku Akhir Piala TNB yang paling penting adalah 2 slot teratas untuk naik ke Div 1 musim depan.

Setakat ini dalam Div 1 BJSS Thunderbolt telah menunjukkan peningkatan yang begitu mendadak. Menjadi kuasa hoki suatu ketika dahulu namun penurunan prestasi yang begitu mendadak 5 - 6 tahun kebelakangan ini membuatkan pendekatan baru telah diambil oleh pihak Pengurusan. Kerjasama bersama Tenaga Nasional Berhad nampaknya telah membuahkan hasil di musim 2016 ini buat BJSS. Mereka menamatkan saingan Liga Div 1 di tangga ke 2. 

UniKL Young Guns yang sejak 5 tahun sebelum ini menghuni tempat ke 2 hanya berpuas hati di tangga ke 3. Mereka harus menyalahkan prestasi mereka yang kurang konsisten.

Apa yang menarik perhatian saya di saingan Liga adalah 2 pemain yang memainkan peranan penting dalam kebangkitan BJSS musim 2016 ini tidak lain tidak bukan the "goal machine" penyerang Muhammad Hafiizhuddin bin Zaidi (11 gol padang) dan pakar pukulan sudut penalti Abdul Syafiq bin Abdul Razak (8 gol). Kedua dua pemain ini menyumbangkan 18 gol daripada 43 gol buat pasukan.

Pelajar Pra Universiti ini jika mereka terus berusaha gigih dan fokus saya pasti satu hari nanti mereka inilah yang akan menjadi pengganti penyerang Negara Tengku Ahmad Tajuddin dan pakar pukulan sudut Negara Razie Rahim. 

Selain 2 pemain ini ada juga beberapa pemain yang menyerlah untuk pasukan masing masing antaranya Muhammad Idris Samad (MSP/SSP Thunderbolt), Wan Haziq Hishamuddin (UniKL Young Guns) dan Muhammad Amirul Hamizan (SSTMI Thunderbolt). 

Kini SSTMI Thunderbolt, BJSS Thunderbolt, UniKL Young Guns dan MSP/SSP Thunderbolt yang menamatkan saingan 4 teratas hanya menunggu 4 pasukan Div 2 yang akan ke Suku Akhir.

All the best dan Selamat Berjuang kepada 6 pasukan Div 2 iaitu MSN/PHP Perlis Young Lion JR, Penang MSP - USM, Anderson Thunderbolt, BJSS Thunderbolt Jnrs, Sek Sukan Sabah dan TBSS Tampin bukan sahaja untuk Kejuaraan Liga Div 2 malah merebut 2 slot naik ke Div 1 musim depan dan 4 slot untuk ke Suku Akhir Piala TNB 2016.