Tiga kekalahan berturut-turut mungkin suatu tamparan hebat buat sesebuah pasukan, terutama sekali buat pasukan yang mengguna khidmat seorang jurulatih tempatan yang dikatakan antara terbaik pernah dilahirkan oleh arena bolasepak Malaysia.

Dalam hal sebegini, siapakah yang patut dipersalahkan?

Ketua jurulatih? Pemain? Presiden persatuan? Peminat?

Pernah suatu ketika, Sarawak dianggap pasukan belasahan, dan tidak berapa lama dahulu (ketika di bawah bimbingan Robert Alberts, skuad Bujang Senang dikatakan sebagai ‘relegation battlers’ walaupun liga belum lagi bermula pada saat itu!)

Masih begitukah nasib Sarawak kini?

Tiga perlawanan, tiga kekalahan (termasuklah tersingkir dari saingan Piala FA ketika membuat perhitungan dengan Perak) – mampu ataupun tidak pasukan ini bangkit di persada Liga Malaysia?

Ataupun adakah Sarawak sekali lagi akan dianggap ‘easy win’ oleh pasukan lain – terus karam dalam lautan kekalahan, terus maut berhadapan pihak lawan?

TIDAK!

Sebagai penyokong Sarawak, saya enggan melihat sejarah gelap sebegini berulang!

Memang benar pihak pengurusan mahupun jurulatih tidak ada menjanjikan apa-apa sebelum liga bermula, tetapi salahkah kami sebagai penyokong merasa sedikit tertipu dengan apa yang melanda pasukan sekarang?

Benar, ini bukannya masa untuk kita menyalahkan sesiapa…

Tapi penyokong sudah lakukan tugasan membanjiri Stadium Negeri, masih bersemangat menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku, masih tidak putus-putus berdoa untuk kejayaan pasukan.

Adakah sekarang tiba masanya untuk hanya tunggu dan lihat?

‘Jangan cepat melatah’ kata mereka kepada penyokong…

Then do something about this!