Bertambah acara dan bertambah seorang lagi Olimpian, menerusi Cheong Jun Hong dalam acara terjun seirama atau Syncro Diving.
 
Mengalami kecederaan tumit sehingga menyebabkan beliau terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Dunia di Kazan Rusia namun kembali cergas dan penuh keyakinan memburu slot ke Sukan Olimpik pertamanya. 
 
Di Olimpik walaupun bukan untuk acara individu, Jun Hoong akan berpasangan dengan Nur Dhabitah Sabri untuk acara 3 meter Papan Anjal Seirama selepas menduduki tangga ke 5 di Kejohanan Terjun Piala Dunia di Rio. 
 
Pemenang emas 3 meter Papan Anjal Sukan Sea 2015 itu juga akan berpasangan dengan Pandalela Rinong untuk acara 10 meter Platform selepas memenangi pingat perak di belakang penerjun – penerjun China, juga pada kejohanan yang sama.
 
Dalam tempoh 3 – 4 minggu lagi berkemungkinan seorang lagi penerjun bakal tersenarai menerusi Ahmad Amsyar untuk acara papan anjal. Walaupun gagal secara merit namun mengikut susunan ranking FINA, sesebuah negara boleh menyenaraikan seramai 2 orang penerjun dan Malaysia sudah memiliki wakil menerusi Ooi Tze Liang yang menjuarai acara ini di Bukit Jalil tahun lalu.
 
Sekiranya penerjun Perlis itu berjaya layak bermakna kali pertama Kontijen Malaysia akan diwakili oleh sebuah skuad terjun terbesar dalam sejarah di Sukan Olimpik sejak 1956.

Setakat ini penerjun lain yang turut layak ialah Wendy Ng dan Ooi Tze Liang. Sedikit kecewa sekiranya Leong Mun Yee gagal ikut ke Rio dan terlepas Olimpik ke 6 nya.
 
Selepas Jonathan Wong (Menembak) dan Khairul Anuar Mohamad (Memanah) Malaysia masih menanti pengesahan tiket oleh pemain – pemain Badminton pula. Selepas itu mungkin dari sukan lumba basikal, olahraga dan yang lain - lain…
 
Kurang daripada 6 bulan sebelum temasya bermula Ketua Jurulatih Yang Zhuliang perlu menggandakan latihan kepada anak – anak didiknya agar lebih ‘daring’ ketika membuat persembahan.
 
Penerjun – penerjun China pasti bakal menduduki tangga teratas podium namun saingan dan tentangan sengit perlu diberikan kepada mereka. Malaysia turut berdepan cabaran penerjun – penerjun Australia, Kanada dan yang lain – lain yang juga semakin meningkat.
 
Apapun 5 Bintang kepada Skuad Terjun negara dan saya yakin mereka tidak akan mengecewakan kita di Rio nanti.
 
Bien hecho muchachos !!!!
 
ZAINAL