Kegagalan pasukan-pasukan utama Liga Super yang tidak dapat meneruskan dalam saingan Piala FA seperti Terengganu dan Sarawak telah mengundang kemarahan peminat mereka. Ini satu lagi cabaran dan kekuatan mental perlu dihadapi oleh jurulatih dan pemain apabila sahaja tekanan demi tekanan diterima.

Namun apa yang mengejutkan lagi apabila pengurus Terengganu dipecat dan jurulatih direhatkan. Apakah ini senario baharu bola sepak negara. Ini perlu melihat sedalam-dalamnya kesan ini terutama terhadap jurulatih tempatan kerana saingan liga baharu bermula dan juga merupakan satu keputusan gila.

Kenapa ini semua terjadi, adakah ia ada usur dendam politik atau sebagainya. Namun hanya pengurusan tertinggi PBSNT sahaja yang tahu. Tetapi ini perlu menjadi pengajaran kepada semua sekiranya tiada keharmonian di dalam sesebuah organisasi itu, inlah yang akan terjadi. 

Bagaimana pun kepada pemain-pemain Terengganu jangan berputus asa atau lemah semangat unutk meneruskan perjuangan ini kerana banyak lagi perlawnaan akan ditempuhi. Kepada pihak pengurusan tertinggi perlulah lebih bijak dalam mendalami serta menjiwai bola sepak itu sendiri.

Begitu juga dengan pemain-pemain yang telah diberi amaran sebagaimana penjaring terbanyak Liga Super, Tarore aggaplah ia sebagai kata-kata semangat walaupun ia boleh mendatangkan ketidak keharmonian di dalam pasukan. 

Mungkin itu satu strategik pemasaran penasihat KAFA untuk memastikan peminat-peminat terus memberi sokongan kepada pasukan dan dirinya dalam mengekalkan popularity dan juga ketegasan dalam pentadbiran. Namun mereka jangan lupa tentang pembangunan bola sepak akar umbi untuk memastikan negara terus melahirkan pemain-pemain berbakat.