Ketua pasukan Barcelona, Andres Iniesta, mendedahkan dia pada mulanya enggan meninggalkan kampungnya untuk menyertai pasukan gergasi Sepanyol itu ketika remaja. 

Iniesta tiba di Albacete dari Fuentealbilla pada usia 12 tahun, selepas dibawa oleh keluarga untuk bertemu dengan pegawai Barcelona. 

Pemain perancang Sepanyol berusia 32 tahun itu mendedahkan pada awal kariernya, dia berkali-kali perlu diyakinkan untuk meninggalkan keluarganya dalam usia muda. 

"Tindak balas pertama yang saya tunjukkan adalah tidak mahu berenggang dengan keluarga," kata Iniesta kepada beIN Sports.

"Peredaran beberapa minggu dan perbincangan dengan bapa membuatkan saya melihat ia sebagai satu cabaran. 

"Bapa telah memberikan saya keyakinan tinggi dan apabila dia bercakap mengenai sesuatu perkara, dia akan berjaya. 

"Saya menghormatinya dan perlu berdepan dengan cabaran. Dalam beberapa bulan awal, ia merupakan situasi terburuk dalam hidup saya.

"Dengan bantuan orang di sekeliling setiap hari, ia menjadi lebih baik."

Pemain veteran itu kini telah mengumpul lapan kejuaraan LaLiga, empat gelaran Liga Juara-Juara dan beberapa trofi lain.