Pengurus skuad Lang Merah, Datuk Jeffrey Low Han Chow, mendedahkan pasukan itu bakal merekrut penyerang baharu menjelang jendela perpindahan dibuka Jun ini.

Peenyerang sedia ada, Carlos Kahe, gagal memikat hati penyokong setia pasukan itu kerana tidak mampu beraksi seperti yang diharapkan -- kelemahan ketara itu dilihat satu aspek yang harus diperbaiki Kedah musim ini.

Bagaimanapun, Jeffrey menjelaskan pemain yang bakal digantikan belum dapat dipastikan lagi.

"Kami tidak boleh melepaskan peluang untuk memantapkan pasukan Kedah.

"Saya yakin pemain yang bakal menyarung jersi Lang Merah mampu menggalas tugas dengan baik," jelasnya seperti dipetik dalam laporan media tempatan.

Difahamkan, skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sedang meneliti beberapa calon.

 Kredit imej: Laman Facebook Kedah FA