"Saya kecewa dan tertekan dengan Kelantan," itu luahan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman terhadap prestasi hambar pasukan itu dalam saingan Liga Super musim ini.

Akui bukan hendak mencampuri urusan KAFA, namun Datuk Seri Vida mahu persatuan itu bingkas mengenal pasti masalah yang sedang melanda keseluruhan pemain.

"Kemerosotan prestasi Kelantan sebenarnya sudah bermula pada awal musim namun sehingga kini tiada tindakan diambil," katanya yang dipetik dari laporan media tempatan.

Penaja utama pasukan itu turut bimbang sekiranya masalah itu tidak diselesaikan ia akan memberi impak negatif terhadap dirinya.

"Kita masih ada masa untuk perbaiki kedudukan Kelantan," tambahnya lagi.

Kredit imej: Laman Facebook TRWFC