Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir China Masters apabila menewaskan wakil China He Jiting/Du Yue di suku akhir pada Jumaat.

Gandingan negara itu menang dalam aksi straight sets 21-17, 21-17 dalam perlawanan yang memakan masa 38 minit.

Peng Soon/Liu Ying merupakan wakil tunggal negara dalam kejohanan tersebut setelah Iskandar Zulkarnain, Liew Darren, Tan Kiat Meng/Lai Pei Jing dan Hoon Thien How/Teo Kok Siang tersingkir semalam.