Dua Kejohanan Siri Dunia terdahulu menyaksikan Pandelela belum pernah menaiki podium dalam saingan 10 meter platform individu.

Dalam final yang menampilkan 6 penerjun terbaik, Pandelela mempamerkan terjunan kemas untuk memperoleh 75 mata pada terjunan pertama.

Aksi konsisten terus dipamer Pandelela sehingga menyaksikan dia memperolehi kutipan mata terbaik pada terjunan ketiga dengan catatan 78.40 mata.

Kedudukan pada ketika itu meletakkan Pandelela di tempat ketiga, namun sayangnya terjunan kurang kemas pada terjunan keempat menyaksikan dia sekadar memperoleh 57.60 mata, sekali gus jatuh ke tangga keempat.

Walaupun kembali memperbaiki pungutan mata pada terjunan terakhir, namun ia belum cukup untuk dia meraih podium, sebaliknya harus berpuas hati di tangga keempat.

Dua penerjun tuan rumah, Meaghan Benfeito dan Roseline Filion, masing-masing meraih perak dan gangsa manakala penerjun China yang baru berusia 15 tahun, Ren Qian, mengungguli saingan sejak permulaan untuk muncul juara.