Itu pandangan jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, susulan perkembangan Chong Wei selepas mengharungi empat kejohanan.

Jaguh perseorangan kebangsaan itu membangkitkan perasaan gusar pelbagai pihak berikutan kekalahan awalnya di Seluruh England dan Terbuka India.

Setiap kemenangan adalah penting buat bekas pemain nombor satu dunia itu dalam mengekalkan keyakinan dalam baki musim ini.

"Di Seluruh England dan Terbuka India, dia kelihatan tidak yakin dan teragak-agak. 

"Tapi dalam Terbuka Malaysia, nampak perubahan ketara dia berani melakukan serangan yang ditakuti lawan. Saya tengok dari segi tahap keyakinannya semakin baik," katanya. 

Skuad perseorangan lelaki juga bakal melalui proses peralihan susulan ketiadaan pengaruh pemain senior, Chong Wei Feng, yang bergelar pemain profesional mulai 1 Mei ini.

Seorang lagi pemain senior, Liew Darren, terlebih dahulu meninggalkan skuad kebangsaan pada Februari lalu.

Perubahan ini akan memberi kesan terhadap kualiti pelatih buat Chong Wei ketika sesi latihan pusat dan sasaran dalam kejohanan antarabangsa.

"Mereka (pemain muda) hendaklah tunjukkan kemampuan mereka, nasihat saya supaya mereka mengambil peluang ini untuk tunjukkan kepada semua.

"Mereka seharusnya melihat peluang ini untuk merebut perseorangan ketiga atau keempat."