June Wei dan Jonatan merupakan alumni saingan Kejohanan Remaja Dunia 2014 yang dianjurkan di Alor Setar, Kedah.

Mereka berkongsi nasib sama apabila kedua-duanya tersingkir dalam pusingan suku akhir kepada lawan dari China.

Bezanya ketika ini, Jonatan sudah berupaya mencipta kejutan di pentas Siri Super Premier dengan hampir menyingkirkan Chen Long dalam separuh akhir Terbuka Malaysia.

Sebaliknya, June Wei pula masih membentuk kematangan fizikal dan corak permainan dalam gelanggang.

"Saya pernah berdepan dengan Jonatan dua tahun lepas dan kini prestasinya semakin cemerlang ketika beraksi dalam Terbuka Malaysia," katanya.

June Wei juga perlu bekerja keras memandangkan Jonatan, pada usia 19 tahun, sudah berani memikirkan untuk menjadi juara dunia.

Seorang lagi perseorangan Indonesia yang turut mencipta nama dalam Terbuka Malaysia minggu lalu ialah Anthony Ginting yang tewas kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam pusingan kedua.

"Saya akan cuba lebih baik untuk mengejar Jonatan, itu sasaran saya," tambahnya.