Ini merupakan penganjuran kali kedua selepas 40 tahun, apabila gelaran Kejohanan Tali Pinggang Remaja Dunia dipertaruhkan menerusi enam kategori yang dipertandingkan.

Sudah pasti keterujaan wakil negara, Muhammad Shehran, yang bakal bertemu wakil Indonesia, Heri Purnomo, bagi kategori featherweight mahu diakhiri dengan kejayaan.

Nada yang sama turut disuarakan Jonathon yang mengakui berdepan saat sukar untuk menjalani latihan di Malaysia, sebaliknya perlu ke luar negara untuk mendapatkan latihan lebih sempurna.

Jonathon juga bakal bertemu wakil Indonesia, Heri Andriyanto, untuk kategori lightweight.