Skuad perseorangan Malaysia terkenal dengan senario lambat membentuk kematangan berbanding lawan seperti China, Indonesia dan India.

Terkini, alumni daripada saingan Kejohanan Remaja Dunia 2014, Jonatan Christie dari Indonesia, mencipta kejutan berbanding wakil utama negara ketika edisi itu, Cheam Jun Wei.

Jonatan bukan sahaja melayakkan diri ke Siri Super Premier Terbuka Malaysia, malah hampir menyingkirkan juara dunia, Chen Long, dalam separuh akhir.

Jun Wei pula masih tercari-cari  rentak dalam skuad kebangsaan meskipun kedua-dua pemain ini berusia 19 tahun.

"Pemain hebat dunia sentiasa memberikan motivasi terbaik untuk saya memberikan aksi yang lebih baik," jelas Jonatan.

Frost juga berasakan, ada beberapa faktor selain elemen kematangan yang menghalang pemain muda negara untuk berani mencabar diri.

"Kalau kita letak Jonatan dan Cheam Jun Wei berdiri bersebelahan, kita akan nampak terdapat perbezaan ketara di antara kedua-dua pemain itu.

"Jonatan jauh lebih tinggi, berbadan lebih besar dan jauh lebih matang berbanding Jun Wei dan perkara sebegitu jarang sekali terjadi, sebab itulah Jonatan berada di kelas berbeza berbanding rakan sepasukannya yang lain," kata Frost.