Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa peserta Malaysia yang lain di mana pemain perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkiffli, tumbang 21-14, 21-16 kepada lawan dari Indonesia, Jonatan Christie.

Kekecewaan terus melanda kem Malaysia apabila giliran beregu wanita, Peiy Yee-Payee Lim, terpaksa akur dengan ketangkasan lawan dari Taiwan, Hsieh Pei Chen-Wu Ti Jung, 21-14 21-11. 

Pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi, turut pulang awal apabila tunduk kepada Nitchaon Jindapol 21-8, 21-14, disusuli kegagalan beregu lelaki negara, Tai An Khang-Hong Kheng Yew, mengatasi lawan yang menduduki ranking ke-512 dunia, Danny Bawa Chrisnanta-Hendra Wijaya dengan keputusan 18-21, 19-21.

Seperti dijangka beregu lelaki ke-9 dunia, Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi, tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan wakil negara, How Hoon Thien-Teo Kok Siang 22-20 21-15.

Langkah Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, turut tersekat apabila gagal dalam misi membalas dendam kekalahan Terbuka Hong Kong, November lalu, ketika bertemu pasangan China, Chai Biao-Hong Wei. 

Pasangan negara itu ditewaskan 21-13, 21-15 oleh pilihan ketiga kejohanan itu.