Pasangan beregu ini sudah bersama lebih tiga bulan, namun Kian Meng mengakui konsistensi masih menjadi masalah utama.


Bagaimanapun, mereka masih mampu menjadi finalis dalam Kejohanan Grand Prix Emas Masters Malaysia yang merupakan kenangan manis buat gandingan itu.


Kian Meng dan Pei Jing yang kini menduduki ranking ke-84 dunia, ingin memastikan kejohanan di Wuhan mampu memberi pengalaman secukupnya.

"Kombinasi sudah ada, cuma kami masih kurang konsisten. Kami perlu memperbaiki lagi perkara itu dan penyertaan dalam lebih banyak kejohanan mampu membantu kami," kata Kian Meng.

Kian Meng ketika ini masih bergelut dengan kecederaan lutut, namun dia menegaskan ia bukan halangan untuk membantu Pei Jing untuk meraih kemenangan di Wuhan.