Spieth mendahului perlawanan dengan lima pukulan tetapi kejatuhan prestasi pemain Amerika Syarikat itu memberi ruang kepada Willet untuk merampas gelaran major pertamanya.

Untuk rekod, tahun 1986 merupakan kali terakhir saingan Masters dimenangi pemain dari England melalui Nick Faldo.

Keputusan akhir menyaksikan Willett muncul juara dengan catatan lima  bawah par 67 untuk keseluruhan 283 pukulan, dengan Spieth terikat di tempat kedua bersama pemain England, Lee Westwood, tiga pukulan di belakang. Spieth sekadar melakukan 73 dan Westwood 69.

Sementara itu, Paul Casey (67), JB Holmes (68) dan Dustin Johnson (71) terikat di kelompok keempat dengan keseluruhan 287 pukulan.