Pacquaio, yang kembali ke gelanggang buat pertama kali selepas tewas kepada Floyd Mayweather pada Mei 2015, membuktikan dia masih berbisa selepas berjaya menumpaskan Bradley melalui keputusan juri.

Peninju berusia 37 itu telah menumbangkan Bradley sebanyak dua kali untuk meraih kemenangan melalui mata di Arena Grand Garden MGM.

Aksi yang ditonjolkan 'Pac-Man' dalam pertarungan kategori welterweight itu telah mempengaruhi keputusan ketiga-tiga juri perlawanan dan memenangi pertarungan tersebut116-110.

Kini, Pacquaio telah bersedia untuk menggantung sarung tinju dan menumpukan kepada kerjaya politiknya di Filipina mulai bulan depan. 

"Ya, saya mengambil keputusan untuk bersara, saya akan pulang ke rumah dan bertemu keluarga saya. Saya mahu kembali ke Filipina untuk berkhidmat dan menolong rakyat negara saya," kata Pacquaio.