Sharapova digantung sejak 12 Mac lalu selepas didapati positif dengan bahan meldonium semasa Terbuka Australia pada Januari lalu. 

Sharapova mengakui telah mengambil bahan tersebut sejak 10 tahun lalu berikutan alasan kesihatan dan tidak menyedari ia didaftarkan sebagai bahan larangan WADA sejak awal tahun 2016. 

Namun bagi Cibulkova, ratu tenis Rusia itu tidak akan dirindui dalam Jelajah WTA. 

"Saya agak terkejut dengan komen-komen sebelum ini sungguh diplomatik kerana pandangan setiap orang adalah berbeza," kata pemain dari Slovakia berusia 26 tahun itu. 

"Saya langsung tidak bersimpati dengan Sharapova dan tidak merinduinya dalam siri jelajah. 

"Dia bukan pemain yang anda sukai. Sombong, terlalu bangga dengan diri sendiri dan bersifat dingin. Ketika saya duduk disebelahnya dalam bilik persalinan, dia langsung tidak bertegur sapa."