YAKEB sedang mengkaji bentuk bantuan yang boleh dihulurkan walaupun Shaaban belum lagi mendaftar sebagai ahli pertubuhan itu.

Namun, keutamaan mereka ketika ini ialah membantu Shaaban mendapatkan pekerjaan selepas doktor terpaksa memotong kaki kiri pemain itu pada Sabtu.

"Kita mengenangkan dasar dia telah membuat sumbangan dalam sukan golf untuk negara jadi kami menimbangkan Untuk memberi dia bantuan.

"Kami akan melawat dia di Hospital Kuala Lumpur Ssnin nanti,"

YAKEB mempunyai kerjasama dengan beberapa syarikat swasta dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pertubuhan itu memiliki lebih 3000 ahli terdiri daripada bekas atlit dan jurulatih di seluruh negara.

Shaaban selamat menjalani pembedahan memotong kaki kiri dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Bekas naib juara Jelajah Golf Asia Terbuka Kemboja itu terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan dari Ijok ke Shah Alam untuk menjalani sesi latihan.

Ekoran kemalangan itu, karier golf shaaban dijangka berakhir.