Shahruddin yang mengalami kecederaan ACL sejak tahun lalu, kini beransur pulih dan kembali bersemangat selepas kembali tersenarai mewakili Malaysia untuk menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur tahun hadapan.

Bagaimanapun, dia yang bakal membuat penampilan keenam di Sukan Sea tahun depan perlu menurunkan berat badannya untuk dia lebih selesa beraksi di dalam gelanggang.

"Sekarang ini saya tengah sibuk memperbaiki kecederaan saya dan menurunkan berat badan saya," katanya.

Manakala bagi kapten pasukan, Farhan Adam, dia gembira dengan kepulangan Shahruddin dan berharap gandingan pemain baru dan lama dalam skuad kali ini dapat mengulangi kejayaan di Singapura mengondol emas acara antara regu.

Baginya, sebagai juara bertahan dan tuan rumah Sukan Sea, dia mahu rakan sepasukan mempamerkan persembahaan cemerlang lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri.  

"Dari segi latihan, segalanya berjalan seperti biasa, cumanya kami cuba memperkuatkan ketahanan mental supaya kami lebih kuat dari aspek dalaman," jelasnya.