Pemain No.7 dunia itu dipaksa bekerja keras untuk tempoh dua jam 42 minit dalam pertemuan menentang Johnson.

Tuah buat Berdych yang mara ke pusingan keempat di Miami buat kali keempat berturut-turut.

Sementara itu, Novak Djokovic kekal di landasan tepat mempertahankan kejuaraan selepas menundukkan Joao Sousa, sekaligus terus kebal di kejohanan itu sejak 2013.

Djokovic belum pernah tewas sejak edisi 2013, merangkumi 27 penampilan di Miami.

Juara lima kali, Djokovic jelas terlalu ampuh buat pemain No.38 dunia, Sousa apabila menang mudah straight sets 6-4, 6-1.

Djokovic juga sedang dalam misi menyamai rekod Andre Agassi yang menjulang gelaran enam kali di Terbuka Miami, selain mendahului Rafael Nadal dengan meraih kejuaraan ke-28 dalam Masters Jelajah Dunia ATP.

Mengiringi Djokovic dan Berdych ke pusingan seterusnya, antaranya Richard Gasquet dan Dominic Thiem.

Manakala, kejutan berlaku apabila pemain muda Perancis, Lucas Pouille mengejutkan David Ferrer dalam aksi tiga set.

Mamun pusingan ketiga Terbuka Miami masih belum lengkap ketika ini, dengan baki perlawanan berlangsung hari ini.

Saksikan siaran langsung 11 malam ini di Astro Supersport 3.