Selepas mencatat kemenangan mudah 36 berbalas kosong ke atas Politeknik Malaysia, Keris Conlay dalam motivasi yang tinggi untuk memburu kejuaraan ketiga mereka dalam saingan Liga Super Ragbi Kebangsaan.

Jurulatihnya, Mohd Farid Syazwan tidak menganggap laluan mereka mudah sebaliknya mahu berwaspada dengan cabaran seteru utama mereka, NS Wanderes.

"Kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan masing-masing dan kami akan cuba menggunakan kelemahan pasukan lawan kami untuk cuba mara ke final kali ini.

Manakala ketua pasukan, Mohd Azam Daud lega kerana pasukannya kini dalam keadaan yang baik, ditambah pula kesemua pemain dalam pasukan bebas daripada kecederaan.

Atas kertas, rekod pertemuan antara kedua pasukan memihak kepada Keris Conlay. Tetapi semua itu akan diketepikan kerana kemampuan pemain bakal menjadi faktor utama dalam mencapai kemenangan Ahad ini.