Moore membuat kenyataan bahawa pemain wanita harus melutut dan berterima kasih kepada pemain tenis lelaki seperti Roger Federer dan Rafael Nadal yang menjayakan setiap kejohanan.

Kenyataan itu jelas dianggap seksis oleh Persatuan Tennis Amerika Syarikat (USTA).

Pemain wanita no.1 dunia, Serena Williams turut menyelar komen itu yang dianggap tidak tepat dan menghina.

Legenda tenis Martina Navratilova turut menyelar komen Moore yang dianggap prejudis. 

Walaubagaimanapun, pemain no.1 lelaki dunia Novak Djokovic sebaliknya menganggap pemain tenis lelaki seharusnya memohon bayaran wang hadiah lebih tinggi berbanding wanita.

Pemain berusia 28 tahun itu berpendapat lelaki seharusnya mendapat bayaran lebih tinggi kerana lebih ramai yang menonton perlawanan mereka.

Empat kejohanan besar dalam sukan tenis, Terbuka Australia, Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Perancis dan Wimbledon kesemuanya menyediakan wang hadiah yang sama rata diantara lelaki dan wanita termasuk di Indian Wells dan Miami.