The Dragons kini mendahului saingan 2-1 dalam aksi lima perlawanan. Perlawanan ke-4 akan berlangsung di venue yang sama pada Ahad.

Pasukan Malaysia gagal untuk memberikan yang terbaik di suku pertama perlawanan, pemain The Slingers Wu Qingle berjaya menyamakan keduduakan 18-18.

The Dragons meningkatkan rentak permainan dan berjaya mendahului saingan 36-32 di akhir babak pertama perlawanan.

Pemain import Reginald Johnson menjadi senjata utama buat The Dragons, Johnson terus mengutip mata di suku ketiga perlawanan dan The Slingers gagal mencari jalan untuk mengekang kemaraannya.

Jurulatih Dragons Ariel Vanguardia berpuas hati dengan kemenangan ini namun menyarankan pemainnya supaya kekal fokus untuk perlawanan seterusnya.

"Selepas tewas di perlawanan pertama, kemenangan ini telah berjaya meletakkan kami di hadapan. Para pemain telah berikan yang terbaik dan kini kita miliki dua peluang untuk bergelar sebagai juara," kata Vanguardia.

"The Slingers adalah pasukan yang kuat, mereka akan cuba bangkit pada perlawanan seterusnya.