Penggantungan daripada beraksi di saingan Liga Super Ragbi Kebangsaan yang dikenakan sebelum ini menyebabkan Serdang Angels tidak dapat beraksi menentang Keris Conlay yang sepatutnya berlangsung pada 14 Februari lalu, sekaligus memberikan kemenangan percuma kepada Keris Conlay.

Bagaimanapun, Pengurus besar KRM, Mazuri Sallehuddin menjelaskan mesyuarat khas yang membincangkan isu ini mengekalkan kemenangan percuma kepada Keris Conlay. 

"Ini adalah kali pertama kami mengaplikasikan peraturan ini secara menyeluruh dan kami memberi ruang kepada pasukan untuk menyesuaikan diri dengan peraturan ini," kata Mazuri.

Nadi  Arena sebelum ini pernah melaporkan Serdang Angels gagal menghantar 7 pemain mereka ke latihan pusat skuad kebangsaan selain telah melanggar perlembagaan Kesatuan Ragbi Dunia,  klausa 16.2 dan 16.3 yang tidak memaklumkan aktiviti mereka bermain di luar negara kepada KRM.

Bagi pengurus Serdang Angels, Zyuraidi Majid, pihaknya akur dengan keputusan KRM dan mahu semua pihak tidak lagi memanjangkan isu ini.

"Kita terima keputusan seadanya, kerana buat masa ini kami mahu fokus dengan Liga Super KRM kerana kami telah pun digantung satu perlawanan," kata Zyuraidi.

Gambar: Laman Facebook UPM Serdang Angels