Malaysia melenyapkan sokongan peminat tuan rumah apabila quintet Sahidan Md Ali, Muhamad Nazmi Mohd Najib, Mohd Safarudin Abu Bakar, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Norshahruddin Mad Ghani menewaskan regu tuan rumah, Ko Jaewook, Park Jeonghyeon, Seongwu Yeongsu, Lee Junro dan Hwang Yongkwan, 21-12, 11-21, 21-10.

Selepas aksi mengecewakan menentang Thailand semalam, pasukan kebangsaan kini perlu menewaskan India dalam perlawanan kalah mati esok untuk mengesahkan tempat dalam separuh akhir.