Jurulatih kebangsaan Malaysia, Rosli Ab. Rahman, membariskan Sahidan Md Ali, Muhamad Nazmi Mohd Najib, Mohd Safarudin Abu Bakar, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Norshahruddin Mad Ghani menentang skuad Gajah Putih itu. 

Regu Malaysia, yang menamatkan saingan edisi 2013 di tempat kedua di belakang Korea Selatan, tewas 10-21, 9-21 berdepan regu Pattarapong Yudapee, Pornthep Tinbangbon, Sarayut Khamloi, Jirasak Pakbuangoen and Jantarit Khukaeo.