Lebih manis ini merupakan kejuraan kedua pulau pinang selepas kali pertama muncul juara pada edisi sulung 1962.

Regu utama Pulau Pinang dengan sandaran tekong Malaysia Syahir Rosdi bagaimanapun tersentak dengan kemenangan set pertama regu Selangor yang bangkit ketinggalan untuk menang 21-18.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak melunturkan semangan skuad Pulau Pinang untuk memastikan mereka merampas aksi pertama dengan catatan 21-14,21-14.

Selangor mempertaruhkan regu berpengalaman diketuai tekong Azman Abdul Hamid untuk mengekang trio Pulau Pinang, Fazil Asri, Fadzil Mustapa dan Zaim Razdi dalam aksi regu kedua.

Sebaliknya yang terjadi apabila Pulau Pinang kekalkan momentum apabila merampas set pertama 21-19.

Set berikutnya lebih sengit dengan kedua-dua regu rapat mengekori pungutan mata sehinggalah kedudukan Selangor mendahului 20-15 di mana detik dramatik bermula.

Pulau Pinang menyamakan kedudukan 20 sama sebelum menegesahkan kejuaraan dengan kemenangan set terakhir 24-22