Dragons mengesahakan kelayakan ke play off sebagai juara peringkat kumpulan dengan Heat, Singapore Slingers dan Bangkok City mengiringi wakil Malaysia ini dalam perubatan Kejuaraan ABL musim 2016.

Heat jadi lawan susulan kedudukan mereka sebagai pasukan keempat dalam kelompok empat pasukan tersebut, kelebihan dinikmati Dragons sebagai pasukan terbaik liga.

Bagaimanapun heat tidak rela berputih mata begitu sahaja apabila rapat mengekori Dragons sepanjang dua suku pertama dengan wakil Vietnam itu ketinggalan dua mata 33-35.

"Mereka merupakan pasukan yang sukar, kami telah berikan aksi yang terbaik dan mahu ulangi prestasi yang sama pada perlawanan seterusnya," kata Ariel.

Mujur pendekatan Dragons untuk meningkatkan intensiti permainan pada dua suku terakhir membuhakan hasil mengundang tekanan buat Heat.

Penghujungnya menyaksikan mereka tidak terdaya menghalang kemenangan 84-68 Dragons.

Dragons berkemungkinan terpaksa bayar harga mahal kemenangan ini apabila pemain berpengaruh Matthew Wright mengalami kecederaan sejurus sebelum tamat perlawanan.