Selepas menundukkan Putrajaya 2-1 pada Selasa, Johor, yang dibimbing bekas tekong negara, Ahmad Jais Baharum meneruskan rentak kemenangan dengan menjadikan Pahang mangsa terkini.

Menampilkan tujuh pemain skuad Sukma Johor 2016 sebagai pendedahan awal, Ahmad Jais nyata gembira dengan perjalanan anak buahnya yang makin dekat menempah slot suku akhir.

"Ini peluang terbaik pasukan Johor untuk melayakkan diri ke suku akhir. Pada masa yang sama pasukan Johor memberi pendedahan kepada pemain-pemain Sukma sebagai persiapan menghadapi kejohanan itu di Sarawak nanti," kata jurulatih Johor, Ahmad Jais Baharom.

Walaupun sudah berada dalam kedudukan selesa di peringkat kumpulan, Ahmad Jais tetap berharap barisan pemainnya terus fokus dalam mencapai misi mereka.

"Johor sebenarnya pasukan underdog dengan kita tidak membariskan pemain-pemain utama. Seperti yang saya maklumkan tadi, kita memberi peluang kepada pemain-pemain Sukma untuk menimba pengalaman pada kejohanan pada peringkat tertinggi.

"Bagaimanapun, kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencabar pasukan-pasukan pilihan pada kejohanan kali ini," tambahnya.

Manakala kekalahan kepada Johor menyaksikan semifinalis 2015, Pahang wajib menang ke atas Putrajaya pada Khamis bagi memastikan kemaraan ke suku akhir.

Info kedudukan mata kumpulan D

Johor 5
Putrajaya 4
Pahang 2
Sabah 1