Segala persiapan telah dilakukan di mana pemain giat menjalani latihan bagi menghadapi pertandingan besar pertama tahun ini.

Menurut Ahmad Ismail, dia tidak mendapat sebarang maklumat di atas sebab utama penangguhan berkenaan namun, pihaknya terpaksa akur.

Ini kerana, dia sentiasa menekankan kepada pemain untuk bersedia menghadapi sebarang keberangkalian yang boleh berlaku.

"Sebenarnya kami telah meminta ISTAF supaya mengkaji semula jadual yang ditetapkan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasi kami.

"Pada masa yang sama, kami perlu terima hakikat bahawa perkara seperti ini akan berlaku," kata Ahmad Ismail.

Dalam pada itu, ketua jurulatih skuad sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad akui penangguhan kejohanan itu sedikit sebanyak menjejaskan perancangan yang telah diatur buat anak buahnya.

Namun, sesi latihan tetap akan berjalan seperti biasa sehingg lah tarikh baru diumumkan kelak.

"Program kami perlu diubah sedikit kerana asalnya kami mahu menguji regu terbaru kami namun kita perlu tunggu dan lihat tarikh istaf yang sebenar." kata Abdul Talib.

Dalam pada itu, pemain sepak takraw negara, Hanafiah Dollah percaya tahun ini akan menjadi tahun bertuah buat pasukan negara.

ini kerana, kehadiran ramai pemain baru dalam skuad pasukan menjadi bonus untuk sekurang-kurangnya menjadi tulang belakang kepada pasukan tahun ini.

hanafiah berkemungkinan tidak akan beraksi pada kejohanan siri super istaf kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan tempoh hari.

"Selepas berkahwin, saya terus sambung latihan saya seperti biasa kerana perlawanan seterusnya masih jauh lagi.

"Ada ramai pemain yang baru masuk begitu juga dengan beberapa pemain sedia ada jadi dari sini mulanya kebangkitan sepak takraw negara,” kata Hanafiah.