Menentang Politeknik Malaysia di UKM Bangi, Cobra terlebih dahulu didepan menerusi kapten, Syahir Asyraf Rosli pada minit ke 19 menerusi tindakan pantas scrum half Muzamir Azhar.

Amir Aswad menendang 3 mata buat Politeknik untuk merapatkan kedudukan selepas itu untuk menjadikan kedudukan 7-3 tamat babak pertama.

Amin Jamaludin merentasi garisan try buat Cobra menerusi fasa menyerang bahagian forward pada minit ke 54.

Politeknik enggan mengalah dan hasilnya, Timoci Koroi berjaya melakukan try pertama dan conversion ditendang masuk Amir Aswad.

Politeknik akhirnya terpaksa akur apabila Syahir Asyraf melakukan 2 lagi try pada minit ke 68 dan 76 bagi melengkapkan hatrik beliau.

Keputusan akhir Cobra 27, Politeknik Malaysia 10.

Menyusul selepas itu pertembungan juara bertahan, Keris Conlay menentang Asas.

Mendahului 5-3 pada 15 minit pertama, Conlay dikejutkan dengan try Asas menerusi Khairul Najat dibawah tiang gol pada minit ke 19. 

Try Iliesa Tiqe pada minit ke 25 mengikat kedudukan sepuluh sama pada separuh masa pertama.

Dua try lagi menyusul buat Conlay pada minit ke 47 menerusi Iliesa dan Jone marawa pada minit ke 52 untuk selesa berada di depan 27-10.

Asas cuba bangkit dengan satu try dari pemain sayap gantian Khairul Anam Kamaruzzaman dan conversion Amir Aswad pada minit-minit terakhir perlawanan.

Keris Conlay 27 Asas 17.

Perlawanan hari ini akan menyaksikan JLJ Diraja bertemu Panthers Blowpipes dan SSTMI menentang Kelab Sukan DBKL di UKM, Bangi manakala perlawanan diantara Mersing Eagles dan KL Saracens akan diadakan di padang ragbi Universiti Malay