Walaupun mendahului 18-10 pada set penentuan, Zulfadli tetap tersingkir pada penamat perlawanan dan Chong Wei berharap agar pemain berusian 22 tahun itu belajar daripada kesilapannya.

"Saya dapat tengok perlawanan itu tetapi saya sedikit kecewa kerana ini adalah pentas terbaik untuknya membuktikan sesuatu.

"Sekurang-kurangnya saya harap dia dapat belajar sesuatu. Apa lagi dia sudah mendahului begitu selesa tetapi kemudiannya kalah,"

Keputusan itu menyaksikan Iskandar Zulkarnain berdepan wakil Hong Kong Angus Ng Ka Loong manakala Datuk Lee Chong Wei berdepan lawan dari India Ajay Jayaram pada peringkat suku akhir.

Beregu negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong bersama Koo Kien Keat/Boon Heong  dijadualkan menentang pasangan Jepun Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dan Hiroyuki Saeki/Toohata Ryota.

Beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dijadualkan bertemu pemain Jepun Keigo Sonoda/Naoko Fukuman manakala Goh Yiu Ling/Chan Peng Soon berdepan wakil Indonesia Hafiz Faisal/Shella Devi Aula.