Menurut laporan The Star, Frost menggunakan perkembangan Ratchanok Intanon sebagai contoh di mana atlet Thailand itu menjadi juara remaja dunia sebanyak tiga kali sebelum beri khidmat sepenuhnya kepada karier senior.

"Jin Wei memenangi gelaran remaja dunia sekali jadi kami mahu dia mengulangi pencapaian itu tahun ini. Bagi kami, ia sangat penting untuk melihat Jin Wei bersikap rendah diri dan cuba menguasai saingan remaja.

"Pada masa yang sama, kami mahu dia berseronok dalam perjalannanya ke peringkat senior kerana dia masih muda lagi," kata Frost.

Jin Wei akan memulakan musim baru bulan ini dengan Kelayakan Kejohanan Antarabangsa Syed Modi di Moscow Rusia pada 26 hingga 31 Januari.

Forst turut mendedahkan prospek negara itu telah membuktikan kebolehannya untuk mendapatkan slot dalam pasukan negara bagi Kejohanan Berpasukan Asia di Hydrebad, India bermula 15 hingga 21 Februari nanti.