"Bukan hanya saya, tetapi kami semua mahukan kemenangan. Kami sudah berada diseparuh akhir dan hanya selangkah lagi untuk ke final, jadi kami perlu kerah sepenuh keringat kami dan lakukan yang sebaik mungkin.

"Sebaik berakhir perlawanan peringkat kumpulan, kami sudah tetapkan sasaran layak ke akhir, jadi kami tekad mahu lakukannya,” ujar Muqlis yang berpengalaman mewakili negara di beberapa kejohanan besar termasuk Sukan Asia 2014," jelasnya.

Pendapat sama turut dilontarkan pemain kebangsaan Aizat Nor Azmi yang mahu memastikan City Flyers kekal mara ke final.

Walaubagaimanapun, Aizat enggan memandang rendah kemampuan ATM tatkala pemikiran sebegitu mampu mengundang padah.

"Bila sudah tiba ke peringkat separuh akhir, tiada istilah kita lebih kuat atau dia lebih kuat. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Bagi saya kedua-dua pasukan ada peluang seimbang. 

"Malah ATM juga ada ramai pemain berpengalaman jadi saya jangkakan satu perlawanan yang sengit nanti,” kata tekong kebangsaan yang membantu Malaysia muncul naib juara ISTAF Superseries Final di Bangkok pada Oktober lalu.

Menariknya, City Flyers mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menerusi kemenangan pada aksi terakhir menentang ATM.

City Flyers sememangnya antara pasukan pilihan tatkala sekadar mencatat satu kekalahan dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

Perlawanan separuh akhir STL 2015 akan berlangsung pada Sabtu ini, manakala perlawanan akhir pula akan berlangsung pada hari berikutnya, Ahad. Juara STL 2015 akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 manakala RM20,000 menjadi milik naib juara.

Jadual perlawanan:

Sabtu (12/12/2015)
Separuh akhir 1 - Black Panthers lwn Gomo Warriors (12 tgh hari)
Separuh akhir 2 - City Flyers lwn ATM (4 ptg)

Ahad (13/12/15)
Akhir (4 ptg)