Selepas persiapan selama dua minggu di Keramat, Malaysia yang ketinggalan 40 mata dibelakang seteru ketat, Thailand yang mengumpul 730 mata akan menentukan juara keseluruhan musim ini.

Bagi tekong negara, Syahir Rosdi beranggapan mereka mampu mengulangi kejayaan di Melaka, tetapi terlebih dahulu perlu melepasi ranjau peringkat kumpulan yang turut dihuni Korea Selatan, Jepun dan Singapura sebelum memikirkan mengenai cabaran pasukan tuan rumah, Thailand.

Korea Selatan dilihat mampu menjadi pengacau impian skuad sepak takraw negara, selepas menunjukkan peningkatan mendadak kebelakangan ini hasil program latihan bersama kedua buah negara.

Menurut Syahir kekecewaan di Gunsan City, Korea pada April lalu juga tidak boleh diambil kira memandangkan ianya sebahagian daripada pendedahan untuk menghadapi Sukan SEA Singapura.

Kerana itu Syahir beranggapan mereka tetap mampu diatasi dengan berkata, "Sasaran awal kami adalah menjuarai peringkat kumpulan bagi mengelak bertemu Thailand pada awal saingan.

"Ketika Korea nanti, saya yakin kami boleh menang kerana kami memiliki pelibas gulung yang lebih efektif."

"Andai bertemu Thailand nanti, saya boleh katakan peluang kami 50-50."

Thailand akan mengetuai Kumpulan A bersama-sama dengan Myanmar, India dan Filipina.