Kejohanan Piala Raja Thai, yang merupakan kejohanan berprestij dunia anjuran Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT), dijadual diadakan di Bangkok dari 4 hingga 10 Mei ini.

Bagi mengekalkan integriti Piala Dunia ISTAF, kejohanan ini ditunda sebagai tanda hormat kepada Piala Raja Thai, Presiden ISTAF, Jeneral Charouck Arirachakaran dari Thailand dan TAT, kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata keputusan menunda Piala Dunia dibuat bersama rakan perkongsian global, Asia Sports Venterus (ASV) untuk memanfaatkan semua pasukan.

Katanya ISTAF dan ASV akan menetapkan tarikh baharu Piala Dunia.