Namun kejayaan merangkul kejuaraan dalam aksi final menentang musuh tradisi ,Thailand membuang badi Malaysia setelah lebih kurang sedekad tidak pernah menundukkan mereka. 
 
Perlawanan yang pertama kali dianjurkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, benar-benar mencipta sejarah buat skuad sepaktakraw Malaysia apabila menang bergaya dalam straight set.
 
Terlebih dahulu Malaysia mara ke perlawanan akhir setelah menundukkan Korea Selatan dalam saingan separuh akhir dengan kemenangan 2-0. Sementara Thailand juga menang dengan mata yang sama menewaskan Singapura.
 
Korea Selatan Berjaya mencatat kemenangan keatas Singapura dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.
 
Pada aksi akhir , Malaysia tampak cukup bertenaga di set pertama dan dibuktikan apabila mendahului dengan 21-7. Namun di set kedua, Thailand mula bangkit memberi saingan dan menyuntik aksi menarik dalam perlawanan yang sengit.Namun akhirnya Malaysia berjaya menamatkan badi setelah mencatat kemenangan 21-19.
 
Ini merupakan titik tolak kebangkitan sepaktakraw Malaysia.Moga sukan ini terus memberi nama dan meniti lebih kejayaan buat negara tercinta.