Menu Button
Malaysia Thailand Singapore Myanmar

Misteri kecederaan Nazmi

9/10/2013

Kekejangan otot terus membelenggu karier pemain tengah negara, Nazmi Faiz Mansor untuk bertahan selama 90 minit di atas padang.

Nazmi disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh Ong Kim Swee ketika menang 2-1 ke atas Myanmar malam tadi, namun anak kelahiran Kuala Lumpur itu terpaksa dipapah keluar ketika perlawanan melewati minit ke-60.

"Nazmi bukan cedera, masalah ini telah menimpanya semasa bersama Harimau Muda 2011 lagi di mana dia telah mengalami kekejangan otot.

"Kita harus fikirkan semula kerana apabila dia bermain di luar negara iaitu Portugal, masalah ini tidak timbul tetapi kenapa timbul di sini.

"Jadi ini satu lagi persoalan di mana kita perlu mencari jalan membantu Nazmi, dan juga membantu pasukan kita agar dapat bermain 90," jelas jurulatih skuad bawah 23 tahun ini.

Liputan mengenai masalah otot Nazmi pernah mendapat liputan luas di media tempatan sehingga pasukan bola sepak negara sempat mendapatkan bantuan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

Bagi menyaksikan dua perlawanan, harga tiket ialah RM38 (bebas di hujung selatan dan utara stadium), RM48 (teres, timur), RM68 (berdiri, timur) dan RM128 (grandstand), manakala pas keseluruhan kejohanan pula berharga RM189 (berdiri, timur) dan RM354 (grandstand).

Untuk perlawanan di Stadium Temerloh, harga tiket bermula dari RM28 (bebas, hujung selatan dan utara) dan RM38 (grandstand).

Tiket kini boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara dalam talian di www.ticketpro.com.my.

Untuk melanggan pakej sukan Astro, layari laman web www.astro.com.my/shop atau hubungi 1300 82 3838 sekarang!

Pesta Bola Merdeka Popular
1-0
5:30 ptg | 07 Sept 2013 | Stadium Darul Makmur

1-1
8:45 mlm | 07 Sept 2013 | Stadium Darul Makmur

1-0
5:30 ptg | 09 Sept 2013 | Stadium Darul Makmur

2-1
8:45 mlm | 09 Sept 2013 | Stadium Darul Makmur

3-0
8:45 mlm | 11 Sept 2013 | Stadium Darul Makmur

0-2
8:45 mlm | 11 Sept 2013 | Stadium Temerloh

Tempat ketiga dan keempat
1-2
5:30 ptg | 14 Sept 2013 | Stadium Darul Makmur

Final
2-0
8:45 mlm | 14 Sept 2013 | Stadium Darul Makmur


Pasukan P M S K J B Mt
1 Malaysia 3
3
0 0 6
1 9
2 Myanmar 3
1
1 1
4
3
4
3 Thailand
3
1
1
1
2 5
4
4 Singapore
3
0 0 3
0 4
0