Menu Button

Penyokong terus bersedih

7/13/2014

Brazil yang tidak berjaya menghapuskan memori pahit apabila tewas sekali lagi ke atas Belanda pagi tadi.

Hasrat penyokong Brazil ialah mahu Jerman menjulang Piala Dunia di stadium Maracana walaupun mereka yang menewaskan Brazil di separuh akhir di Estadio di Mineirao.

Ini mungkin kerana mereka lebih sanggup melihat Jerman memenangi Piala Dunia daripada pasukan negara jiran Argentina.

"Untuk melihat Argentina memenangi Piala Dunia di halaman kami akan menambahkan keperitan kami," ujar Diogo Chaer, seorang penyokong Selecao.

Terdapat beberapa penyokong meninggalkan stadium pada perlawanan pagi tadi kerana tidak mampu melihat pasukan kesayangan bermain lagi.

"Cukup untuk melihat mereka tewas 7-1, pasukan kami memang tidak cukup bersedia untuk kejohanan kali ini," ujar Lucas Carvalho.

"Ketiadaan Neymar telah melemahkan pasukan kami, dari segi pertahanan mahupun serangan."

Penjaga gol Julio cesar kini dalah sejarah selepas dibolosi gol dari mana-mana penjaga gol sepanjang Piala Dunia. Miroslav Klose pula telah memecahkan rekod Ronaldo dengan 16 gol ketika menentang Brazil.

Piala Dunia yang perlu menjadi ikhtibar kepada pasukan Brazil supaya bangkit di masa akan datang.
Related Articles Most Popular