Menu Button

Mental goyah, Apek mungkin direhatkan

4/24/2014

Susulan dibolosi empat kali dalam perlawanan Piala AFC bersama Kelantan kelmarin, Khairul Fahmi Che Mat mungkin direhatkan untuk berdepan Filipina, Ahad ini.

Gawang yang dikawal Khairul Fahmi atau Apek tampak goyah ketika bertemu kelab Hong Kong, South China AA.

Perkembangan itu cukup meresahkan jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sentiasa mahukan anak buahnya berada di tahap terbaik bagi menyarung negara.

Menurut beliau, selain aspek kecergasan, kekuatan mental juga amat dititikberatkan.

"Sebagai penjaga gol (Khairul Fahmi) sudah tentu apabila tewas dengan begitu banyak gol, moralnya akan berada di tahap terendah," tegas Kim Swee mengikut laporan Utusan.

Apek sudah memegang status penjaga gol nombor satu Harimau Malaya sejak 2010 ketika membantu negara memenangi pingat emas Piala Suzuki AFF .

Selain Apek, penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd. Khalid  dan Selangor, Mohd. Farizal Marlias perlu memenangi hati Kim Swee dalam sesi latihan jika ingin merebut tempat dalam kesebelasan utama nanti.






Related Articles Most Popular