Menu Button

Diaz sandaran baru Johor DT

4/23/2014

Penyerang daripada Argentina, Jorge Pereyra Diaz didaftarkan untuk menggantikan tempat Pablo Aimar dalam pasukan Johor Darul Ta'zim bagi baki aksi Liga Super musim ini.

Bekas pemain bawah 23 tahun pasukan kebangsaan Argentina tersebut, sebelum ini beraksi bersama kelab Liga Primera B Ferro Carril Oeste dan juga pernah menjulang Piala Sundamerica bersama pasukan Atletico Lanus pada tahun lepas.

Meskipun penyerang berusia 24 ini tidak dikenali orang ramai, pihak pengurusan kelab Johor Darul Ta'zim amat mengagumi dengan bakat yang dipamerkannya semasa ujian pemilihan.

Mampukah Diaz membantu pasukan Harimau Selatan memenangi gelaran Liga Super pada musim ini?
Related Articles Most Popular