Menu Button

Perlawanan ATM-Kelantan kembali ke Selayang

10/12/2013

Venue perlawanan separuh akhir pertama kejohanan Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Kelantan pada 18 Oktober ini ditukar kembali ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah berkata pertukaran daripada Stadium Shah Alam ke Stadium MPS adalah atas rayuan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang juga Pengerusi Persatuan Bola Sepak ATM.

"Setelah mengadakan perbincangan mengenai rayuan tersebut, pihak ATM memberikan komitmen untuk pastikan kelancaran perjalanan perlawanan tersebut dan meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan pertukaran venue perlawanan di sini hari ini.

Afandi berkata pihaknya bersetuju dengan rayuan ATM itu memandang ATM adalah tuan rumah bagi perlawanan berkenaan dan keputusan terbaharu itu akan dimaklumkan kepada pasukan Kelantan.
 
Pada Isnin lepas, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan berkata venue perlawanan telah ditukar ke Stadium Shah Alam dari Stadium MPS atas permintaan ATM selepas mengambil kira jumlah penonton dan soal keselamatan.

Stadium MPS mempunyai kapasiti 16,000 penonton manakala Stadium Shah Alam boleh menampung 80,000 penonton.

Sepak mula perlawanan kekal pada pukul 8.45 malam.

 

Klik di sini untuk melanggan pakej sukan Astro, atau hubungi 1300 82 3838 sekarang!
Artikel Berkaitan Paling Popular
Liga Super
Patutkah pengadil perlawanan antara Lions XII menentang Sime Darby dikenakan tindakan?

VOTE