Liga Super Fantasi direka khas untuk sesiapa yang berminat menjadi pengurus pasukan bola sepak.Â
Dengan berbekalkan bajet RM12 Juta, anda boleh membeli 11 orang pemain, yang mana setiap permain berkenaan berkemungkinan akan menyumbang mata mengikut jadual mata yang disediakan.
Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dianggap pemenang. Peserta bukan bermain semata-mata, sebaliknya berpeluang membawa pulang hadiah utama RM10,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM2,000.Â
Bukan itu sahaja, peserta juga berpeluang meraih Hadiah bulanan RM1,000 berserta jersi pasukan Liga Super pilihan anda dan dua tiket Liga Super pilihan anda.
Jadi, apa yang anda perlu buat, ciptakan pasukan Liga Super Fantasi dengan menamakan pasukan dan memilih pemain semasa yang beraksi dalam 12 pasukan di Liga Super Malaysia. Bagaimanapun anda dibenarkan memilih maksimum hanya tiga pemain yang beraksi dalam pasukan yang sama.
Anda dibenarkan untuk mengurus hanya satu pasukan, dan sekiranya peserta ditemui memiliki lebih daripada satu pasukan, penyertaannya akan dibatalkan.
Perlawanan pertama musim ini akan bermula pada 8 Januari 2013 dan berlangsung sehingga saingan terakhir yang dijangka pada 6 Julai 2013.
Klik di sini untuk butiran lanjut mengenai Liga Super Fantasi:Â
URL: fantasy.arena.myÂ
Info peraturan permainan: http://fantasy.arena.my/default.aspx?page=rules
Hadiah
Pemenang utama: RM10,000
Pemenang kedua: RM3,000
Pemenang ketiga: RM2,000
Hadiah Bulanan: RM1,000 + Jersi pasukan MSL pilihan anda + 2 tiket perlawanan MSL pilihan anda
Tempoh mata bulanan
Januari        : Minggu 1 hingga minggu 5 (08/01/2013 - 22/01/2013)
Februari & Mac : Minggu 6 hingga minggu 10 (15/02/2013 - 09/03/2013)
April           : Minggu 11 hingga minggu 14 (29/03/2013 - 27/04/2013)
Mei            : Minggu 15 hingga minggu 18 (03/05/2013 - 18/05/2013)
Jun            : Minggu 19 hingga minggu 22 (22/06/2013 - 06/07/2013)